Friday, January 16, 2015

SITREP

*SITUATION REPORT


        Assalamualaikum and hello, hai and babai. huish, bila nak sebut pasal sitrep ni, rasa nak mengeluh banyak kali tapi x elok la kan kalau asyik mengeluh je. buat diri sendiri rasa down je. okay, so kena cerita from the top! kalau sekarang ni ramai kawan yg dh tengah buat degree, diba x sambung lg. sbb kantoi kat asasi, I mean result hancur time bwt asasi. sangkut kat subjek bio. plus time asasi tu x belajar betul2. nak menyesal pon x guna dah, salah sendiri jugak, yg pg main2 tu apahal? org lain fokus, kita plak otak menerawang ntah ke mana2. hasilnya, dari lepas asasi tu duk lepak kat umah. jd penganggur terhormat. kerja x? HAHA -.-" dh nama penganggur, x kerja pon. duk umah x keluar pon, kalau keluar pon dgn family. boleh kira dgn jari berapa kali keluar.

             Kalau sebut pasal kawan-kawan yg lain ada tanya ke x? hee, ada mmg ada. kalau ada yg tanya dh x terpikir dh nak sembunyi2, jawab direct je. sambil sengih kerang busuk, sbb sendiri buat hal. kalau awal2 tu, lepas tau result menangis pon senyap2 je. sedih leleh leleh tu semua menyorok belakang pintu, control xnak leleh depan family sbb takut kena marah plus bebel. time tu la baru rasa menyesal menangis air mata darah pon x guna. sbb benda dh jd. yg tinggal rasa jatuh tu. kalau dulu selalu kat atas, bila dh jatuh tu sbb salah sendiri x berusaha mmg rasa patut kutuk diri sendiri. salah sendiri, tak boleh salah kat org lain. sbb diri sendiri x pandai nak fokuskan diri utk study. setahun tu burn mcm tu je, sbb masa x digunakan betul2. ada kawan yg bebel jugak, ayatnya mcm ni "tu la diba, aku dh pesan ko jgn main2, aku tgok ko x mcm selalu. dulu ko elok je fokus, ni aku tgok ko main2 je" HAHA, betul la tu kwn aku ckp. aku sendiri mengaku kat dia yg aku x boleh fokus, fokus utk study tu x tahan lama. sgt la bahaya sebenarnya situasi mcm tu kalau kita ni yg bergelar pelajar/student/mahasiswa.

               Episod nak menyesal bagai tu semua mmg dh lepas dh, yg tinggal sekarang ni nak make up balik result yg hancur tu dgn bwt diploma. bila sebut diploma, choice nya byk sgt. x tahu nak pilih yg mana. ada yg suruh amik mcm abg.man or angah. abg.man QS, angah matematik komputer. huargh. pening bila pikir nak pilih apa masa isi nnt.family pesan pilih yg senang nak score, yg x susah and 1st priority elak subjek biology. HAHA kesian subjuek bio yg jd mangsa. tp mmg dari dulu diba + bio = disaster. kawan2 yg lain ramai yg lg prefer bio, kita ni je yg susah nak kamcing dgn bio. bila diaorg senang nak hafal faham term term yg berkaitan dgn badan, nama proses bagai. aku la yg susah nak lekat. dh gaya mcm ada alergi dgn bio. kalau dulu sbb pengaruh novel tertarik nak jd engineer, sekarang option kerja yg nak dipilih nnt kalau boleh nak elak bio. umi nak anak umi ada yg jd doktor, engineer -.-" pilihan nak jd doktor tu x tau la nak ckp apa. ateh dgn ayum sekarang gaya x minat nak jd doktor nak harap kakak diaorg ni mmg x la. kirim salam je la, angah dh ke arah komputer, abg.man dh sibuk dgn QS. yg engineer tu still dlm perkiraan antara kitaorg 3 beradik yg hala tuju still samar2 lg. kalau umi nak jugak doktor in the house, kena tunggu menantu join kerabat yg pasti lama baru dpt.

           Selain dari option engineering, QS and matematik komputer ada jugak terdetik nak try jd historian. berangan nak lepak kat library lama2, kaji buku lama, bwt research then terbit buku. pergh. pastu dpt kaji buku yg dlm bahasa lain, mcm bahasa latin, hebrew, spanish, greek, dutch, bahasa jepun or korea. kaji buku2 tu lepas tu try selesaikan soalan2 yg ada. x pon jd historian in art kalau x dpt jd historian in science. nak belajar banyak bahasa tu yg paling syok. kalau dpt belajar byk bahasa, xde la option buku yg nak dibaca tu setakat novel melayu and english je. dpt la jugak at least bahasa mandrin ke jepun ke. sbb x semestinya buku diaorg x best kan, belum baca belum tau. smabil baca tu dpt jugak belajar culture diaorg term2 yg diaorg guna. sounds fun, right? tak? HAHA, aku je la kot yg pelik, tertarik nak amik tau pasal tu semua. kalau x dpt jd historian, ada terpikir nak cuba nasib dlm business. yg tetiba ada niat ni sbb tgok family saudara mara yg byk kerja ada kaitan dgn business. tp x tau la, ni tertarik je. tetapi, niat yg pastinya, cenderung nak belajar banyak bahasa tu yg paling kuat. sbb dari kecik lagi dh mcm respect gila kat org yg boleh fluently speak other language without mishap. mcm ada kat malaysia sorg ni waktu tilawah al-quran dia akan jd pengacara nya. sbb majlis tu international, ramai yg join competition tu. waktu kecik2 tgok tv dgn angah timbul perasaan teringin nak jugak mcm tu, bila dh besar still lg ada perasaan nak belajar bahasa lain. :3

          okay, last perenggan. selain dari pikir nak amik kos apa, ada jugak la terpikir nak belajar masak, sbb bila duk rumah ni selalu je teringin nak makan itu ini mengidam tetiba mlm2. hmm, mmg bertambah berat la badan. setakat ni, misi belajar masak tu x berapa berjalan pon. sbb ikut perasaan ikut perut ikut tekak nak makan apa. the only succeed mission ialah nak makan chocolate chip cookies. HAHA sbb tekat mengidam cookies sanggup search kat internet cari resepi yg paling simple and paling penting utk beginner. sbb 1st time buat sorg2. selalu nya tolg sikit2 je, sbb main chef nya angah. time buat tu kat umah ada nenek and aku je, so berdikari la sikit. and result nya mmg sukses! bukan senang nak rajin kan diri bangun layankan diri yg duk mengidam mcm2, tu la 1st time berani mencuba. next time nak buat lg, inshaAllah. btw, isu semasa sekarang ni pasal banjir, harap2 semua nya dapat berakhir dgn aman. inshaAllah, aamin.
okay cukup utk kali ni panjang sgt. sorry and thank you!

assalamualaikum and babai!

No comments: