Wednesday, May 22, 2013
Alangkah indahnya :')
Alangkah indahnya dunia,
Jika kita mempunyai kekasih yang setia,
Seperti Saidatina Khadijah RA.
Alangkah indahnya dunia,
Jika kita mempnyai sahabat yang setia,
Seperti para sahabat.
Alangkah indahnya dunia,
Sekiranya kita dikurniakan ketabahan,
Seperti Rasulullah S.A.W yang tabah menghadapi segala dugaan.
Alangkah indahnya dunia,
Sekiranya kita mampu untuk sentiasa berkata benar,
Seperti Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA.
Alangkah indahnya dunia,
Sekiranya kita dikurniakan keberanian,
Keberanian untuk menegakkan syiar Islam,
Seperti Saidina Umar al-Khattab RA.
Namun Allah S.W.T maha adil,
Lagi maha bijaksana,
Kerana Allah S.W.T ingin menguji ketakwaan umatnya,
Maka berlumba-lumbalah kita untuk menjadi penghuni syurga-Nya..
InsyaAllah..
p/s: nukilan ini telah diilhamkan pada tarikh 8.10.2012 :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment